Pengenalan BADAR



BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR)



PENGENALAN

BADAR ini ditubuhkan pada tahun 2005 bagi menjalankan akitiviti kerohanian di sekolah dan di asrama SMSTSP untuk membantu pihak sekolah mengukuhkan penghayatan para pelajar dalam pdpc Pendidikan Islam. BADAR juga mengadakan program-program keagamaan untuk meningkatkan ilmu para pelajar dan dapat diamalkan dengan sempurna bagi melahirkan insan yang beriman dan bertakwa.


LOGO BADAR


Maksud logo BADAR
  • wehdatul fikr, wehdatul ummah : kesatuan pemikir melahirkan kesatuan ummat
  • Lambang al-Quran : Panduan utama dalam kehidupan
  • Kubah : Simbolik mendapat naungan Allah
  • 2 tiang : Peranan BADAR dalam kepimpinan menegakkan agama Allah
  • Segi tiga : Corak kesenian Islam
MISI
  • Melahirkan remaja pendakwah yang bepengetahuan luas, brkemahiran tinggi, & memiliki kebijaksanaan berdakwah.
  • Memperkukuh akidah, memerkayakan ibadah, & memereratkan ukhwah.
  • Mewujudkan baiah solehah dalam kalangan warga SMSTSP.

VISI
  • BADAR sebagai organisasi Islam dinamik dalam membangunkan sahsiah pelajar SBP yang cemerlang, gemilang & terbilang berlandaskan al-Quran & sunnah.

PIAGAM PELANGGAN

Kami EXCO BADAR dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
     ·        Melahirkan murid ke arah generasi al-Quran.
     ·        Mendorong murid-murid ke arah mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat dalam 
           setiap bidang yang diceburi.
     ·         Menanam kepercayaan yang utuh kepada Tuhan sebagai tunjang dalam kehidupan.
     ·         Membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia dalam kalangan murid-murid yang  
           berperanan sebagai khalifah Allah

MATLAMAT

BADAR merupakan penggerak utama kegiatan kerohanian di sekolah ini. Ia merupakan wadah kemenjadian pelajar yang menjadi pembantu utama kepada pentadbir sekolah bagi memastikan semua aktiviti pelajar sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

1.  Membimbing pelajar dalam meletakkan syariat sebagai garis panduan dalam kehidupan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

2. Mewujudkan penghayatan pelajar dalam ilmu-ilmu fardhu kifayah bagi melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

3.  Mendedahkan kepada pelajar berkenaan keilmuan Islam, masalah-masalah hukum dan ilmu-ilmu kefardhuan.



Comments

Popular posts from this blog

Kem Kepemimpinan Badar

Program Tahfiz Zilalul Quran